Kematian Paul Walker juga bintang utama filem Fast & Furious kembali menjadi sensasi apabila isteri kepada rakan Paul yang memandu Porsche Carrera GT dalam kemalangan tersebut, Roger Rodas menuntut gantirugi yang didakwa akibat kecuaian dan pengeluar kereta tersebut.

Porsche tolak tuntutan dan dedah punca sebenar kemalangan membabitkan Paul Walker – Tahun lalu Kristine Rodas telah memfailkan tuntutan gantirugi setelah mendakwa rekabentuk dan tahap keselamatan jentera yang dihasilkan oleh pengeluar kereta Porsche yang menjadi punca kematian suaminya dan Paul Walker.

Menerusi rakaman litar CCTV menunjukkan kereta lumba milik Roger itu telah melanggar dua pokok dan binaan konkrit di sepanjang jalan di Valencia, California lalu terbakar pada November 2013. Kedua-dua mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

Akibat daripada itu, Kristine telah menunding jari terhadap Porsche kerana tidak memiliki ciri keselamatan dimana kereta tersebut telah meletup dan terbakar begitu cepat tanpa sempat penumpangnya menyelamatkan diri. Malah dia menambah bahawa pihak pengeluar kereta tidak menghiraukan laporan yang dibuat oleh pemilik kereta model yang sama.

Namun awal minggu lalu, pihak Porsche telah memberi keterangan dan menjawab segala dakwaan menjawab semua dakwaan daripada Kristine dan menafikan segala tuntutan yang dibuat. Menurut wakil pengeluar Porsche, mereka tidak bertanggungjawab atas kematian Roger dan Paul sebaliknya berkata bahawa insiden tersebut berlaku akibat daripada kecuaian pemandu itu sendiri.

Mereka menjelaskan setiap daripada pemilik Porsche Carrera GT sudah maklum dan sedar akan risiko memiliki jentera setanding kereta lumba tersebut. Tanggungjawab adalah atas pemilik kenderaan itu sendiri.

PORSCHE TOLAK TUNTUTAN DAN DEDAH PUNCA SEBENAR KEMALANGAN MEMBABITKAN PAUL WALKER

Pihak Porsche mendakwa bahawa kereta tersebut telah diubahsuai namun mengikuti piaiwaian yang disebabkan. Namun ianya masih mampu menjadi penyumbang kepada kemalangan yang mengorbankan dua orang pencinta automobil itu. Kristine diminta untuk menarik balik segala tuntutan yang dibuat olehnya keatas syarikat pengeluar kereta ternama dunia itu. [murai]


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.