Tak keterlaluan kalau dikatakan, sejak terjadinya insiden kehilangan MH370 orang ramai kian berminat untuk mengetahui info tentang dunia penerbangan. Mereka yang bekerja dalam sektor ini turut mendapat perhatian hinggakan mana-mana status yang dikongsikan mereka walaupun di laman sosial peribadi disebarkan jika ia dirasakan menarik.

Terbaru, status seorang pramugari mendapat perkongsian ramai di media siber. Dalam status Facebook tersebut, Malissa Mansor mendedahkan sebab mengapa pesawat tidak kira sama ada Air Asia mahupun MAS selalu delay atau mengalami kelewatan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

punca flight delay

Menurut Malissa, ia adalah kerana landasan di KLIA hanya ada dua; satu digunakan untuk pesawat berlepas dan satu lagi untuk mendarat. Hal ini membuatkan semua pesawat tidak kira Air Asia, MAS mahu pun pesawat dari luar negara terpaksa menunggu giliran kerana setiap satunya memerlukan masa antara lima hingga tujuh minit untuk berlepas atau mendarat.

pramugari malissa mansor dedah punca flight delay

Benarkah begitu? Apa yang pasti, Malissa bercakap mungkin berdasarkan pengamatannya sebagai anak kapal, lapor Mynewshub.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.