Pelbagai isu dan kes membabitkan iPhone 5 sejak kebelakangan ini. Adakah iPhone 5 benar-benar bermasalah atau ‘mereka-mereka’ ini sengaja memanaskan cerita berkaitan iPhone 5 untuk melemahkan gergasi telefon terkemuka dunia itu? Terbaru, berdasarkan sumber berita Utusan Malaysia, seorang pramugari warga China, maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik semasa menjawab panggilan telefon pintar iPhone 5 ketika telefon itu dicas.

Laporan kematian Ma Ailun, 23, tersebut yang disebarkan di Internet oleh adik perempuannya, menimbulkan kritikan berjuta-juta pengguna telefon pintar tersebut di negara ini terhadap pengeluar telefon itu, Apple Inc. Pramugari China Southern Airlines yang bakal berkahwin pada bulan depan itu, dilaporkan membeli telefon tersebut di kedai rasmi Apple di Xinjiang pada Disember lalu.

ma ailun die iphone 5

Adik lelakinya, Yuelun memberitahu akhbar Hong Kong, Apple Daily bahawa telefon tersebut telah diserahkan kepada pihak berkuasa China untuk siasatan. Jelasnya, dia dan keluarga percaya ahli keluarganya itu meninggal dunia akibat renjatan elektrik semasa menjawab panggilan telefonnya. Dia juga mengesahkan Ma Ailun membeli iPhone 5 itu di sebuah kedai rasmi Apple pada Disember lalu dan menggunakan alat pengecas asli ketika mengecas telefon tersebut.

Dalam pada itu, Apple memberi jaminan akan melakukan siasatan terhadap kematian tersebut, kejadian terbaharu yang memberi tamparan kepada syarikat teknologi berkenaan di pasaran kedua terbesarnya selepas Amerika Syarikat (AS). Syarikat itu bagaimanapun enggan menyatakan sama ada pihaknya menyiasat kejadian itu sebagai kes terpencil atau menimbangkan untuk menarik semula produk berkenaan.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : amri08[email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.