Presiden Peminat Kucing Malaysia Bantah Makan Daging Kucing | Sebelum ini, ammboi ada menyiarkan artikel mengenai warga asing (Myanmar) Suka Makan Kari Daging Kucing setelah ianya disiarkan dalam Sinar Harian semalam. Jadi pada hari ini pula, akhbar berkenaan tampil dengan kenyataan Presiden Peminat Kucing Malaysia, Ismail Mohd Ali yang mengecam mereka yang memakan daging kucing.

Katanya perbuatan segelintir manusia  dipercayai warga asing yang memakan kucing adalah perbuatan sangat tidak berperikemanusiaan kerana haiwan  tersebut perlu melalui tragedi pembunuhan yang cukup tragis sebelum dijadikan hidangan lazat. Beliau juga berkata, Kekejaman terhadap kucing bukan sahaja ketika memakan dagingnya, tetapi fikirkan bagaimana ketika membunuh binatang comel itu sebelum dijadikan hidangan atas meja.

“Cuba fikirkan bagaimana mereka yang memakan kucing itu perlu membunuhnya terlebih dahulu. Saya percaya mereka menangkap haiwan itu dan kemudian mematikannya sama ada dipukul dengan teruk atau apa cara pembunuhan sekalipun.   Tentunya cara kematian kucing itu sangat ngeri dan pembunuhannya sangat kejam. Inilah yang kita kecam,” ujar Ismail yang mempunyai kedai kucing di Shah Alam dalam Sinar Harian Selasa.

Risau Dengan Kebanjiran Warga Asing

“Kita jaga kucing bukan untuk dimakan. Haiwan ini untuk disayangi kerana ia membantu kita mengurangkan tekanan hidup. Tetapi nampaknya kehadiran warga asing di negara ini telah menimbulkan satu budaya baru yang lama kelamaan boleh menjadi kebimbangan masyarakat. Kita khuatir jika amalan memakan kucing berleluasa di kalangan peminat makanan eksotik.

“Nampak seperti remeh, tetapi kita perlu ingat bahawa ini membawa bahaya kepada keselamatan kucing domestik. Begitu juga perasaan pemilik kucing yang melepaskan kucing mereka, namun kemudian hilang, dan hakikatnya jadi hidangan lazat di atas meja warga asing. Keadaan ini sungguh kasihan,” katanya sambil tangannya ligat membersihkan ketulan peha ayam.

Katanya, warga asing seperti Myanmar dan Vietnam dikatakan paling gemar memakan kucing dan perlu kita fikirkan bahawa warga asing di negara ini semakin ramai.

“Sedarkah kita amalan itu seperti menjadi wabak yang menular di kalangan warga asing. Bayangkan mereka tinggal di negara ini dan memakan makanan eksotik yang enak secara percuma dengan menangkap serta mencuri kucing-kucing kita. Ini yang membimbangkan peminat-peminat kucing kerana kita takut budaya ini meluas dan akhirnya menjadikan kucing sebagai hidangan kegemaran selain anjing.

Katanya, sedangkan dalam keadaan negara yang makmur dan mempunyai banyak makanan untuk santapan, tidak semena-mena hadir amalan yang seolah-olah mengheret masyarakat ke dalam kancah budaya memakan haiwan yang jika difikirkan tidak tergamak dimakan berdasarkan sifat dan keadaan tubuh haiwan itu. Bahkan ujarnya, amalan warga asing itu sedikit demi sedikit membangunkan budaya kurang ajar kerana perbuatan menangkap kucing yang mungkin ada pemiliknya boleh kita anggap mencuri.

“Bayangkan sekiranya amalan memakan kucing terus berleluasa dan jadi amalan kebiasaan? Dibimbangi kucing domestik akan mudah pupus. Apabila yang berkeliaran sudah habis, bagaimana pula nasib kucing kita di rumah?. Saya mewakili peminat-peminat kucing yang lain membantah terhadap penggemar daging kucing. Mengapa kucing yang hendak dimakan, hanya orang kejam sahaja yang tergamak meratah daging haiwan sejinak itu,” tegasnya.

Dengan itu beliau berpesan, supaya pemilik kucing berhati-hati sekiranya tidak mahu kucing kesayangan menjadi hidangan di atas meja. Beliau juga nasihatkan pemilik kucing supaya meletakkan kucing di tempat selamat. Bukan sahaja untuk penjagaan, tetapi juga bagi mengelakkan sebarang kekejaman serta kucing anda menjadi santapan si penggemar daging kucing. (Sumber Sinar Harian)


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.