Program Da’i – Pendakwah Milenia Boleh Jadi Salah Satu Saham Akhirat Saya – Nurul Syuhada Nurul Ain | Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin bakal mengendalikan program realiti terbaru di TV3, iaitu ‘Da’i – Pendakwah Milenia’. Bekas pengacara Nona ini menjelaskan tawaran yang diterimanya ini adalah sebagai satu penghormatan besar buat dirinya.

Menerusi laporan gua.com.my, Nurul Syuhada akui dia begitu gembira apabila diberi peluang untuk mengacarakan program terbitan Primeworks Studios itu. Katanya, dia rasa terkejut apabila ditawarkan untuk mengacarakan program ini namun pada masa yang dia begitu teruja dapat terbabit dalam program ini.

“Saya dah banyak buat program televisyen sebelum ini dan ini merupakan kali pertama saya buat program realiti berbentuk Islamik. Program Da’i merupakan satu benda yang baru serta segar buat saya dan tak rugi saya dapat terlibat dalam program ini kerana ia dapat menjadi salah satu saham akhirat untuk saya nanti. Apa yang penting, secara tak langsung, saya dapat menimba pengetahuan serta belajar sesuatu yang baru mengenai agama apabila mengacarakan program ini.”

nurul syuhada nurul ain da'i tv3

Tambah Nurul lagi, dia berasa seronok apabila dapat melihat golongan muda petah bercakap dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

“Saya rasa seronok apabila dapat melihat anak muda kita sekarang petah bercakap dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Sebagai persediaan, saya banyak berbincang dengan produksi mengenai program ini. InsyaAllah, saya akan tampil dengan pengacaraan yang bersahaja dan santai serta imej yang lebih sopan dan teratur,” ujar Nurul syuhada dalam laporan berkenaan.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.