Sejauh mana kehebatan model terbaru dari pengeluar kereta nasional, Proton ini? Adakah ia mampu menyegarkan imej kenderaan keluaran mereka? Inilah yang menjadi tanda tanya dan keraguan para pembeli. Ada yang fobia dengan tragedi lampau. Kerana biasanya kereta yang baru dilancarkan ini pasti akan banyak masalah.

KEYAKINAN PROTON TERHADAP PREVE

Ada juga yang kata, takut indah khabar dari rupa dan ada pula yang kata tengok keadaan dulu, kalau tak ada masalah baru boleh fikirkan untuk beli. Inilah yang sering ammboi dengari dan pernah alami sendiri. Namun berdasarkan keyakinan Pengarah Urusan PROTON Holdings, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir sendiri, beliau yakin PROTON Preve akan membuka lembaran baru buat syarikat kereta nasional itu dalam memasarkan produk yang menepati semua cita rasa pasaran.

Beliau melahirkan keyakinan PROTON Preve akan mencatatkan jualan luar biasa berbanding model lain berikutan cirinya yang menepati pelbagai penanda aras antarabangsa yang ditetapkan bagi sebuah syarikat pengeluar kenderaan, khususnya dari segi standard pelepasan asap selain dilengkapi ciri keselamatan termasuk empat beg udara, sistem kawalan brek ABS, EBD serta sistem kawalan penstabilan elektronik (ESC).

Selain ciri keselamatan, model itu juga dilengkapi pelbagai rekaan terkini serba lengkap, sama ada dari aspek kelengkapan aksesori mahu pun utiliti.

HARGA PROTON PREVE

PROTON Preve akan ditawarkan pada harga RM62,000 seunit bagi versi standard, RM65,000 bagi versi sederhana dan RM75,000 seunit bagi versi premium. Ia akan ditawarkan dalam enam pilihan warna, iaitu perak, hitam, putih, coklat, merah dan biru. PROTON Holdings telah menerima 1,000 unit tempahan bagi model Preve sejak mula ditampilkan secara ‘teaser’ pada Pameran PROTON Power of 1 di Bukit Jalil, bulan lalu.

MAKSUD ‘PREVE’

Nama Preve yang dalam bahasa Sepanyol bermaksud ‘bukti’ atau ‘memandang ke depan’ dipilih bagi menggambarkan komitmen serius kumpulan dalam mengeluarkan produk bermutu yang memenuhi semua syarat ketat dan keperluan pasaran eksport.

 


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.