PSY – Gangnam Style Gegar Future Music Festival Asia (FMFA) Sepang 2013 | Sebelum ini timbul spekulasi mengenai PSY dimana dia dikatakan meletakkan harga yang mahal dan tidak ada satu pihak penganjur tempatan pun yang mampu menerbangkannya ke Malaysia. Namun semua itu hanya spekulasi. Kerana PSY dikatakan bakal hadir ke Malaysia dalam satu konsert yang bakal diadakan tahun hadapan.

Memetik laporan Malaysia Digests, PSY yang merupakan pencetus fenomena Gangnam Style yang melanda seluruh dunia ni akan datang ke Malaysia sempena konsert Future Music Festival Asia (FMFA) 2013. Berita ini disahkan sendiri oleh Livescape selaku penganjur konsert tersebut. Dalam sidang media khas yang diadakan semalam bagi mengumumkan barisan artis, PSY adalah antara nama besar yang bakal membuat persembahan sekaligus menjadi perhatian para peminat.

Selain itu Future Music Festival Asia 2013 turut membawakan Fun., Bloc Party, Rita Ora, The Temper Trap, The Stafford Brothers, The Prodigy, Tenzin, Rudimental & Borgore. Kesemua artis yang diumumkan penganjur hari ini adalah untuk persembahan hari kedua yang akan berlangsung pada 16 Mac 2013 di Litar Antarabangsa Sepang, Kuala Lumpur. Manakala hari pertama pula akan menyaksikan ‘delegasi’ yang diketuai Armin Van Buuren tampil sebagai sebahagian daripada siri A State of Trance 600: The Expedition World Tour.

Konsert berkenaan dikatakan bakal dianjurkan pada 16 Mac 2013 tahun depan di Litar Sepang!


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.