Kebanyakan orang ingin ke pulau untuk rehatkan minda dan mencari ketenangan. Selain daripada itu, kita semestinya ingin nikmati aktivti-aktiviti yang pengalamannya berbeza apabila dilakukan di pulau. Sebagai contoh, snorkeling atau scuba diving lebih menarik jika dilakukan di kawasan ke kepulauan kerana air laut yang jernih.

Puan Suhada Husain telah sudi mengongsikan bersama pengalaman beliau ketika travel ke Pulau Redang serta Pulau Kapas dalam masa 4 hari. Pelbagai info yang beliau sertakan sedikit sebanyak mungkin dapat bantu anda yang ingin ke dua pulau tersebut akan datang.

Kami hanya naik bas sahaja dari Penang ke Terminal Bas Kuala Terengganu dengan RM50.60 (seorang). Dari terminal pula kami ambil Grab ke Jetty Shahbandar dengan RM4. Dari Jetty Shahbandar ke Pulau Redang makan masa 1jam 35minit.

Ada dua sahaja resort tukang masak Melayu iaitu Laguna Redang dan Redang Lagoon. Yang lain-lain resort banyak tapi kebanyakannya Chinese. Disebabkan tak jadi ke Mabul, saya request duduk hotel 5 bintang iaitu Laguna Redang. Sebelum ke sana kami dah book pakej di Laguna Redang. Kalau ikutkan hati, nak lagi private iaitu Taras, harga pun cun. Kasihan pula dekat suami. Haha! Yang nak bajet pun boleh sebab banyak resort-resort menarik jadi boleh buka Agoda atau Booking.com ataupun boleh search melalui website. Boleh search Redang Island, keluar list resort yang ada berserta bajet kita dan pakej travel agency yang ada tapi macam saya, kalau first time pergi tempat itu memang akan demand sedikit! Hehe.

Bagi saya tak rugi pun pilih Laguna Redang sebab layanan mereka memang tiptop, boat mereka bagi hanya untuk yang booking ke Laguna Redang sahaja tak campur dengan tetamu resort-resort yang lain. Jadi agak selesa dan tak perlu susah-susah nak berebut-rebut dengan orang ramai kan?

Review untuk resort Laguna Redang:

Sangat puas hati! Semua kemudahan ada dalam bilik berbanding resort lain yang tiada kemudahan tersebut. TV dan mandian semua sendiri tapi di Laguna Redang semuanya ada dan paling penting memang selesa. Pakej kami ambil ini deluxe pool, buka-buka sahaja pintu terus nampak pool. Memang cantik! Okay juga ambil pakej ini sebabnya balik sahaja snorkeling boleh terus terjun pool. Yang mana bajet tinggi boleh ambil seaview.

Makanan di hotel memang sedap! Tiada yang tak sedap. Sepanjang saya duduk di situ, sampai sahaja time makan, makan. Makan and makan! Tiada lagi makanan yang tak kenyang lagi mereka bagi. Yang bestnya time BBQ boleh makan ikan, sotong, daging bakar dan banyak lagi! Yang mana perut tong memang tak rugi. Hehe!

Laguna Redang ialah salah satu tempat yang sentiasa hidup dari resort-resort yang lain sebab siang malam tak sunyi. Ada sahaja aktiviti yang dilakukan. Anda boleh lepak-lepak, santai-santai sambil layan lagu dan yang paling best dapat tengok supermoon semasa dinner! Itu rezeki masing-masing. Haha.

Review snorkeling:

Snorkeling 3 kali. Hari pertama sampai jam 12, lunch, check in 2.00PM and 3.30PM snorkeling open sea. Cantik dan banyak ikan. Boleh bawa roti Gardenia kalau nak shoot gambar ikan cantik-cantik.

Hari kedua snorkeling jam 9.30 pagi, pergi ke taman laut. Yang sini ikan lagi banyak, air memang jernih, coral pun peblagai.

Tiket Marine Park RM5 seorang bayar dekat jetty. Snorkeling ketiga jam 3.30PM. Ketiga-tiga tempat ini kami pergi sebab tak kecewa memang nampak ikan macam-macam jenis. Cantiknya kejadian alam!

So far kami suka macam ini sebab ada gap untuk rehat, balik bilik dan mandi serta solat. Bukan berjemur satu hari pergi snorkeling.

Life jacket RM15(seorang) dan Mask RM15(seorang) boleh sewa di resort. Jadi hak penjagaan kita selama 3 hari. Nak check out baru pulangkan.

Okay dah cukup 3 hari 2 malam di Redang. Selepas breakfast, kami check out pukul 10.30AM. Boat dari Redang ke Jetty Shahbandar jam 11.30AM. Sampai sahaja Jetty Shahbandar kami terus ambil Grab ke Jetty Marang untuk ke next trip iaitu “Pulau Kapas”.

Sampai Jetty Marang naik boat ke Pulau Kapas jam 3.00PM. Boat return RM40 untuk seorang. Awalnya tak plan pun nak ke Pulau Kapas disebabkan suami ajak honeymoon di sini pula, kita ikutkan sahaja. Haha!

Kami pilih “Ombak Kapas Resort” untuk kami bermalam. Banyak resort dah full. Selalunya mereka utamakan orang yang ambil pakej dahulu tapi kami hanya walk in. 1 malam duduk situ dengan harga RM170. Kipas ya, bukan aircond. Bertabah ya. Kalau aircond rate lain pula tapi kami fikir nak tidur semalam sahaja sebab itu kami ambil yang bajet.

Selepas check in, kami terus salin baju dan pergi snorkeling sebabnya kami rushing. Satu malam sahaja tak sempat nak buat aktiviti lain sangat kan? Tapi tak mengecewakan saya dan suami. Coral di Pulau Kapas banyak hanya depan resort sahaja, tak perlu nak pergi jauh-jauh dan air laut pun, MasyaAllah jernih!

Satu sahaja saya pesan kalau pergi walk in Pulau Kapas tak ambil pakej bawalah spare makanan macam roti untuk alas perut sebab kedai makan dekat situ tak selalunya buka. Waktu-waktu tertentu sahaja buka! Makanan dia pula boleh tahan.

Dekat Pulau Kapas saya tengok ramai lagi foreigner tak sama macam Redang. Saya pun pelik maybe mereka pilih Pulau Kapas untuk ketenangan di tengah pulau. Haha! Yang Melayu pula banyak yang bawa family dan anak-anak yang masih kecil. Apa-apa pun, best! Tenang sahaja laut di sini!

Pukul 1.30PM kami check out tunggu boat datang ambil dan pulang ke Jetty Marang dan terus ambil Grab untuk ke Terminal KT semula.

Total trip ke Pulau Redang

-Pakej Laguna Redang (deluxe pool) RM998(x2) = RM1998
-Sewa alat snorkeling: RM30(x2) = RM60
-Tiket taman tema: RM5(x2) = RM10.00
-Bas return : RM101.20(x2) = RM202.40
-Grab ke Jetty Shahbandar: RM4.00

Total trip ke Pulau Kapas

-Ombak Kapas Resort = RM170.00 per night
-Boat return RM40.00(x2) = RM80
-Sewa alat snorkeling RM15(x2) = RM30.00 per day
-Sewa kayak = RM20.00 per hour
-Grab Jetty Shahbandar ke Marang = RM19.00
-Grab dari Marang pulang ke KT = RM23.00

Total Laguna Redang untuk 2 pax

=RM2274.40 (Termasuk makan, jika teringin nak makan yang lain perlu guna poket sendiri ya)

Total Pulau Kapas untuk 2 pax

=RM344.00 (Tak termasuk makanan)

*Dalam masa 4 hari sahaja kita dah boleh jelajah ke dua pulau. Memang pelbagai memori dapat dicipta, aktiviti-aktiviti yang menarik dapat dilakukan dan hubungan dengan yang tersayang juga dapat dipupuk. Selamat menjelajah!

Rujukan:

Post FB : Percutian ke Pulau Redang 3 Hari 2 Malam dan Pulau Kapas 2 Hari 1 Malam


Penulis: Siti Khadijah

Siti Khadijah

Merupakan pelajar dan kini menetap di Kuantan.Merupakan penulis separuh masa di Ammboi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.