Ramai yang berasa pelik apabila air di kolam terjun di Pusat Akuatik Maria Lenk berwarna hijau. Beberapa gambar air di kolam tersebut telah menjadi viral sekali gus mendatangkan kebimbangan masyarakat mengenai keselamatan atlet, yang beraksi di kolam tersebut.

Bagaimanapun pihak Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) telah mengesahkan bahawa misteri itu telah diselesaikan dan menegaskan kolam itu selamat untuk digunakan serta tidak mendatangkan bahaya kepada semua penerjun yang bertanding.

 

NINTCHDBPICT000257991116

Perubahan warna air ini telah merebak ke kawasan kolam berdekatan yang digunakan untuk acara sukan polo air, dan FINA, telah menjelaskan isu tersebut berpunca daripada masalah dalam proses rawatan air.

“Misteri itu telah diselesaikan.

“FINA boleh mengesahkan bahawa penyebab kepada warna air di kolam terjun bertukar menjadi luar biasa, sewaktu acara terjun dipertandingkan di Sukan Olimpik Rio, adalah kerana tangki air di kolam tersebut kehabisan beberapa bahan kimia yang digunakan dalam proses rawatan air.

“Hasilnya, tahap pH air tidak seperti biasa dan menyebabkan perubahan warna tersebut terjadi.

“Jawatankuasa Perubatan Sukan FINA telah menjalankan ujian terhadap kualiti air di kolam tersebut dan mengesahkan tiada sebarang risiko terhadap kesihatan atau keselamatan atlet, dan ia tidak akan menjejaskan pertandingan.”

itu pengesahan daripada Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA), mengenai ketidakseimbangan kimia menyebabkan air yang masuk ke dalam kolam terjun temasya Rio, bertukar menjadi hijau.

Pengarah Eksekutif Jawatankuasa Komunikasi Penganjuran Sukan Olimpik Rio, Mario Andrada, memberi jaminan kolam itu kembali ke warna asal, iaitu biru, dalam masa terdekat.

“Perubahan mendadak tahap alkali air di kolam tersebut menjadi punca kepada perubahan warna air. Kolam acara polo air juga mengalami masalah yang sama.

“Tahap pH air telah berada dalam standard yang ditetapkan. Kami telah merawat kedua-dua kolam tersebut pada waktu malam dan tahap alkali dalam air telah bertambah baik. Kami menjangkakan warna asal biru akan kembali tidak lama lagi.

“Mereka yang bertanggungjawab boleh dan harus melakukan lebih banyak ujian terhadap kolam tersebut. Kami juga telah membawa satu pasukan pakar bebas untuk mengkaji keputusan yang telah pun saya kongsikan.

“Pakar-pakar bebas juga telah mengesahkan tidak ada risiko sama sekali kepada atlet yang bertanding di kolam tersebut.” – Ammboi.Com [Stadium Astro]


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.