Seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun maut selepas terjatuh dari balkoni rumahnya di tingkat enam Pangsapuri Sri Angkasa Seksyen 28, Shah Alam semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, mangsa dikatakan tergelincir dari balkoni rumahnya ketika bermain dengan abangnya.

Menurut saksi Mohd Shahril Abd Hadi, 27, sebaik terdengar seorang jirannya menjerit dia bergegas ke tempat kejadian. Beliau bergegas berlari ke bawah rumah dan melihat mangsa sedang tergantung di balkoninya sambil menjerit meminta tolong.

budak 7 tahun jatuh dari balkoni di pangsapuri sri angkasa shah alam

“Saya bersama seorang lagi jiran cuba menyambutnya dengannya permaidani namun sebelum sempat menyambutnya mangsa sudah jatuh,” katanya sebagaimana dipetik laporan myMetro.

Menurutnya, ketika kejadian ibu bapa mangsa tiada di rumah.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.