Punca Cuepacs bantah cadangan waktu bekerja 6 jam terjawab! Baru-baru ini Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah mencadangkan pengurangan waktu bekerja penjawat awam daripada selama 8 jam sehari kepada enam jam sehari.

Cadangan berkenaan telah dapat perhatian daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa. Bagaimanapun beliau berkata, ia perlu penelitian kerana pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum cadangan ini di muktamadkan oleh kerajaan.

punca-cuepacs-bantah-cadangan-waktu-bekerja-6-jam-terjawab

Menerusi laporan berita semalam, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bertegas untuk tidak menyokong cadangan pengurangan waktu bekerja berkenaan.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata, mereka yang bersetuju dengan cadangan untuk mengurangkan waktu kerja daripada lapan jam sekarang kepada enam jam hanyalah mereka yang malas.

“Tiada siapa yang bekerja lapan jam secara berterusan. Pekerja keluar untuk waktu rehat minum kopi atau keluar untuk mengambil anak pulang dari sekolah dan lain-lain. Oleh itu, Cuepacs membantah idea tersebut,” katanya.

Hanya mereka yang malas, jejas pekerja dibayar ikut jam…

Beliau juga khuatir jika waktu bekerja selama enam jam itu dilaksanakan, ia akan menjejaskan pekerja yang dibayar mengikut jam kerana gaji mereka menjadi lebih rendah terutama dengan kos sara hidup yang semakin mahal.

“Kami berharap kerajaan akan mengkaji dengan teliti perkara itu dan juga berharap waktu kerja tidak dikurangkan tetapi gaji dinaikkan,” katanya.

Sementara itu, Azih berkata, Cuepacs juga berharap Kementerian Kewangan akan memansuhkan kontrak jangka pendek. Ini kerana ia menindas pekerja kerana mereka tidak layak untuk menikmati faedah seperti caruman Perkeso dan Kumpulan Wang Simpanan (KWSP).

Azih berkata, Cuepacs telah menerima banyak aduan daripada pekerja dan berpendapat bahawa ia tidak adil untuk mereka.

“Kami berharap kontrak pekerja ditandatangani untuk minimum dua tahun dan ke atas bagi memastikan kebajikan mereka dan berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil kira pandangan ini semasa pembentangan bajet akan datang,” katanya.

Perdana Menteri dijadual membentangkan Bajet 2017 di Parlimen pada 21 Oktober 2016, Beliau meminta orang awam termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik untuk mengemukakan cadangan untuk bajet.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.