Terkejut juga ammboi dengan info ini berkenaan pelakon dan pengarah, Pierre Andre. Isteri beliau Siti Nurhidayah Hashim, 26, baru dikhabarkan hamil pada September lalu namun hajat mereka untuk menimang cahaya mata pada tahun ini tidak kesampaian apabila kandungan isterinya terpaksa digugurkan.

Memetik sumber berita, perkara itu terpaksa dilakukan selepas mereka mendapatkan nasihat doktor yang bertanggungjawab. Walaupun sedih dengan berita tersebut, namun pengarah berusia 29 tahun itu bersyukur isterinya tidak mengalami sebarang komplikasi.

isteri pierre andre

“Doktor terpaksa menggugurkan kandungan isteri saya yang berusia 13 minggu kerana terdapat masalah pada janin. Jujurnya kami memang sedih, tetapi pada usia yang masih muda ini, kami percaya dengan rezeki,” katanya.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.