Kecoh juga semalam dengan penyebaran info yang mendakwa JAKIM telah menarik balik sijil halal Secret Recipe. Ramai yang ingin tahu apakah punca penarikan balik sijil tersebut.

Punca JAKIM tarik balik sijil halal Secret Recipe terjawab – Menerusi sumber berita hari ini, sijil halal Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd ditarik balik selepas didapati melanggar manual prosedur pensijilan halal yang membabitkan kesalahan kebersihan dan Amalan Pengilangan Baik (GMP).

Pengarah Hab Halal JAKIM, Hakimah Mohd Yusoff berkata, penarikan ini tidak disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk.

“Penarikan balik sijil halal itu sudah berkuatkuasa sejak 7 Mei lalu. JAKIM sudah memanggil syarikat berkenaan dan mereka sudah berjanji akan melakukan tindakan segera berhubung kesalahan itu sehingga mengakibat sijil pengesahan halal ditarik balik,” katanya dipetik laporan myMetro.

PUNCA JAKIM TARIK BALIK SIJIL HALAL SECRET RECIPE TERJAWAB

Jelasnya lagi, penarikan balik sijil halal itu tidak menghalang syarikat untuk memohon semula sijil halal selepas pembetulan dibuat dan mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.