Sebuah kapal tentera laut Amerika Syarikat, USS Kidd yang selama ini membantu dalam usaha pencarian pesawat MH370 yang hilang, akan menarik diri daripada pasukan pencarian antarabangsa itu. Menurut laporan AFP yang memetik kenyataan pegawai Pentagon, keputusan itu dicapai kerana kawasan pencarian kini begitu luas sehingga ia dirasakan adalah lebih baik sekiranya pesawat pengawasan digunakan untuk tujuan itu.

Tentera laut Amerika Syarikat bercadang untuk menggunakan pesawat P-8 Poseidon dan pesawat P-3 Orion. USS Kidd , menyertai pencarian itu pada minggu lalu dan telah mengalihkan tumpuan ke barat Laut Andaman di atas permintaan kerajaan Malaysia.

USS Kidd MH370

“Dengan kawasan carian yang diperluaskan ke selatan Lautan Hindi, pesawat rondaan jarak jauh seperti P-8A Poseidon dan P-3C Orion adalah lebih sesuai untuk usaha mencari dan menyelamat,” lapor laporan itu.

Pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang, jam 2.40 pagi pada 8 Mac lalu. Sejumlah 239 penumpang dari pelbagai negara termasuk anak kapal berada di dalam penerbangan tersebut dan ia masih belum ditemui lagi.

Sumber: Astro Awani


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.