Sebahagian penduduk Taman Seri Waja di Kampung Jawa, Segamat, mahu pihak berkaitan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang juga dikatakan seorang guru memberi racun kepada 20 kucing menyebabkan haiwan itu mati dalam kejadian minggu lalu. Tindakan itu dianggap zalim dan menganiaya binatang serta tidak berperikemanusiaan.

Dalam kejadian itu, 20 kucing berusia antara satu dan empat tahun ditemui mati dipercayai diracun. Seorang penduduk, Halipah Maarof, 63, pihaknya mahu pihak berkaitan dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit. Dia mendakwa ada pengusaha inap desa (guru berkenaan) memaklumkan akan memberi makanan mengandungi racun jika penduduk di kampung itu tidak menjaga kucing mereka yang didakwa sering mengotorkan kawasan inap desa miliknya.

guru racun kucing

“Saya ingatkan kata-kata itu sebagai gurauan saja, bagaimanapun Ahad minggu lalu, kira-kira jam 4.30 petang, beberapa kucing didapati berdarah di mulut dipercayai selepas makan nasi bersama ikan yang diletakkan dalam satu bekas berhampiran halaman inap desa berkenaan. Akibat kejadian itu, tujuh kucing saya mati, malah ada jiran yang turut mendapati kucing masing-masing yang dijumpai mati dalam parit dan longkang di sekitar Taman Seri Waja,” dakwanya.

Halipah berkata, penduduk kampung kemudian membuat keputusan untuk menghantar sampel makanan terbabit di Pejabat Veterinar Daerah, petang semalam dan menunggu hasil keputusan sebelum bercadang membuat laporan polis dalam tempoh terdekat.

punca kematian kucing di segamat

Memang benar kucing tidak sepatutnya mengotorkan inap desa tersebut namun kucing yang tidak berakal juga ialah makhluk Allah dan binatang kesayangan nabi. Pelbagai langkah boleh diambil oleh pemilik inap desa tersebut untuk mengelakkan kucing-kucing dari mengotorkan inap desa miliknya namun dia memilih untuk melakukan perbuatan zalim dan tidak berperikemanusiaan iaitu meracun kucing-kucing tersebut. Penduduk Taman Seri Waja berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik inap desa tersebut yang khabarnya tidak takut pada sebarang tindakan undang-undang yang bakal diambil terhadapnya.

Sumber asal: myMetro dan Dunia Kucing


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.