Baru-baru ini kita digemparkan dengan kes kematian seorang budak perempuan berusia dua tahun di rumah pengasuhnya di Bukit Tinggi, Klang. Bila kejadian berlaku di rumah pengasuh, ramai yang beranggapan itu kes dera oleh pengasuh dan sebagainya ekoran banyak laporan kematian kanak-kanak sebelum ini melibatkan pengasuh.

Bagaimanapun menerusi laporan berita hari ini, Ketua Polis Daerah Klang selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat mendedahkan pihak polis mendapati mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala disebabkan terjatuh.

Menurut beliau, pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan lebam pada bahagian belakang badan dan kemaluan kanak-kanak terbabit. Berikutan kesan berkenaan, polis dipanggil kerana klinik yang merawat mangsa mengesyaki mangsa didera selepas dihantar pengasuhnya untuk mendapatkan rawatan.

punca kematian budak bayi kanak-kanak

“Sebenarnya kejadian disedari pengasuh yang menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam bilik air sebelum terus menghantarnya ke klinik berdekatan. Hasil pemeriksaan di klinik berkenaan, doktor mengesyaki mangsa didera kerana terdapat banyak kesan lebam di seluruh badannya menyebabkan mangsa diminta dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, sejurus menerima laporan dibuat doktor klinik swasta berkenaan, sepasukan anggota polis dikerahkan ke HTAR untuk menjalankan siasatan sebelum pegawai perubatan hospital itu menjalankan bedah siasat dan mengesahkan punca kematian mangsa.

Ibu bapa mangsa juga dipanggil memberi keterangan dan mereka mengesahkan tanda lebam ditemui di seluruh badan kanak-kanak terbabit adalah kesan urutan bagi membuang angin dalam badan mangsa beberapa hari sebelum itu.

“Doktor tidak menemui sebarang kecederaan lain yang menunjukkan mangsa didera dan tanda lebam di seluruh badannya menyamai keterangan diberikan kedua ibu bapa kanak-kanak berkenaan. Mayat mangsa dituntut ahli keluarganya dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.