Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un (انّا للہ و انّا الیہ راجعون) | Seorang kanak-kanak Muhammad Iqbal Rafie Mohd Ilme, 5, yang meninggal dunia ketika dalam perjalanan menerima rawatan lanjut di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat keracunan makanan.

Memetik sumber berita Astro Awani, Jabatan Kesihatan Negeri mengesahkan kematian mangsa kerana keracunan makanan dan mendedahkan punca kematiannya akibat bakteria Salmonella, bakteria sama meragut empat nyawa di Kedah Oktober tahun lalu.

salmonella

“Dehidrasi yang teruk, pesakit ini telah pun mengalami muntah muntah dan cirit birit mulai 1 haribulan Mac setelah memakan makanan yang dibeli di sebuah pasar malam di daerah Kuala Terengganu,” kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr. Anwa Sulaiman.

Dalam pada itu 68 pesakit dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah akibat keracunan makanan mulai pukul 8:45 malam 1 Mac sehingga 7:00 pagi Selasa. Daripada jumlah itu, 18 orang adalah kanak-kanak. Jabatan Kesihatan Negeri juga mengesahkan mereka dipercayai memakan 4 jenis makanan yang dijual di pasar malam Dataran Syahbandar antara 28 Februari hingga 1 Mac. Beliau juga menyarankan semua semua klinik mengambil serius simptom keracunan ketika musim panas dan kering.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.