Industri muzik dikejutkan dengan kematian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios, Jeremy Little, 31, di Makkah. Pemergian pemuda yang pernah menganggotai kumpulan rap, rock dan reggae, Prana, mendapat perhatian ramai penggiat seni termasuk ulama terkenal, Mufti Ismail Menk, yang memuat naik status mengenai kematian Jeremy di laman sosial miliknya.

“Seorang rakan karib dan saudara saya, Jeremy Little, dari Malaysia baru saja meninggal di Tanah Suci Makkah Al Mukarramah ketika mengerjakan umrah.”

Mufti Ismail Menk

“Ia sebuah tempat yang cukup dirahmati untuk kembali ke pangkuan Ilahi buat pemuda yang mencetak dan mengedarkan ribuan CD saya secara percuma, setiap tahun,” tulis ulama itu di Facebooknya.

Jeremy Little

Punca kematian Jeremy setakat ini belum diketahui dan menjadi tanda tanya banyak pihak, tetapi menerusi sumber berita, difahamkan Jeremy menghidap kanser.

::AL-FATIHAH::

Sumber: Berita Harian Online


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.