Beberapa hari lepas kecoh dengan isu pelajar sebuah sekolah agama di Kok Lanas Kelantan mati bunuh diri tergantung dalam tandas. Ia satu kes yang amat mengejutkan semua pihak. Laporan awal berita sebelum ini menyatakan mangsa bunuh diri dan diklisifikasikan sebagai kes mati mengejut. Namun keputusan itu mendapat tentangan banyak pihak dan mahu siasatan lebih terperinci dijalankan.

Ini kerana mereka lebih melihat kes itu sebagai satu kes bunuh yang dirancang dengan baik agar kelihatan seperti membunuh diri. Apatah lagi mangsa adalah pelajar sekolah agama dan pelajar ini dikategorikan pihak sekolah tersebut sebagai seorang pelajar yang baik dan amat disenangi. Arwah juga pelajar yang telah menghafaz sehingga 20 juzu’ Al-Quran.

bunuh diri

Bagaimanapun laporan terbaru dari beberapa sumber memaklumkan, hasil dari bedah siasat jelas menunjukkan yang mangsa sebenarnya telah dibunuh dan bukannya membunuh diri. Apapun sama-sama kita tunggu laporan selanjutnya nanti. Kepada orang ramai, diharapkan tidak sebarkan cerita dan andaian negatif mengenai mangsa dan sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Sama-sama kita doakan agar Allahyarham Adik Wan Ahmad Faris Bin Wan Abdul Rahman tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman dan dirahamati Allah SWT. InsyaAllah.

bedah siasat mangsa bunuh diri kok lanas

Mangsa berusia 16 tahun dan berada di tingkatan 4 Maahad Tahfiz Kok Lanas, Kelantan ini bernama Wan Ahmad Faris Bin Wan Abul Rahman.  Pihak pengurusan Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar mereka yang dijumpai meninggal di Pusat Tahfiz tersebut. Jenazah Allahyarham selamat disembahayangkan di Masjid Kg Larak , Mulong , Kota Bharu selepas fardu Asar petang semalam dan dikebumikan di kampung halaman mangsa.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.