Punca lelaki cekik isteri hingga mati dimalam pertama terjawab! Kecoh beberapa hari lepas dengan berita seorang wanita muda yang baru melangsungkan perkahwinan mati dicekik suaminya pada malam pertama.

Memetik sumber info MailOnline, lelaki berkenaan Qalandar Baksh Khokhar, 28, dituduh mencekik isterinya Khanzadi Lashari, 19, yang baru dikahwininya dan masih berpakaian pengantin sehingga mati kerana wanita itu didakwa hilang kesucian.

PUNCA LELAKI CEKIK ISTERI HINGGA MATI DIMALAM PERTAMA TERJAWAB

Bapa mangsa, Lal Mohammad Lashari, 60, mengesyaki sesuatu buruk terjadi selepas dia tidak mendengar khabar dari anak serta menantunya selepas majlis perkahwinan mereka.

Keluarga itu kemudian memaklumkan kepada pihak berkuasa selepas menceroboh masuk kediaman anak mereka dan mendapati anak perempuannya itu terbaring atas katil dalam keadaan tidak bermaya manakala menantunya melarikan diri.

Sementara itu, abang mangsa, Khanzadi Ali Sher Lashari, 37, memfailkan tindakan undang-undang terhadap Qalandar dan empat ahli keluarganya kerana mencekik adiknya sehingga mati.

“Qalandar sentiasa bersifat curiga dan semua orang dalam keluarga tahu mengenainya tetapi kami tidak pernah terfikir dia boleh mendatangkan bahaya sehingga kami akan kehilangan saudara kami,” kata Khanzadi.

Tambahnya lagi, semua perkara berjalan lancar pada majlis perkahwinan yang berlangsung 30 Mac tetapi menjadi curiga selepas pasangan itu meninggalkan tempat tersebut.

“Perkahwinan itu berjalan lancar dan semua orang termasuk pasangan pengantin gembira pada majlis itu. Perkahwinan berlaku dengan persetujuan bersama dan kami tidak melihat apa-apa perkara negatif yang ditunjukkan pengantin lelaki,” katanya lagi.

Qalandar kemudiannya berjaya diberkas selepas pihak berkuasa berjaya mengetahui lokasinya melalui telefon bimbit. Dia yang cedera di kaki akibat ditembak dibawa ke hospital untuk rawatan sebelum di penjara.

Sementara itu, penguasa polis, Sajjad Khokhar, berkata, lelaki berkenaan mengaku bersalah membunuh isterinya dengan mencekik leher isterinya dengan kain kerana isterinya tidak mempunyai dara sebelum bertindak melarikan diri. Qalandar didakwa dibawah Seksyen 302 iaitu membunuh dengan sengaja.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.