Kecoh sejak minggu lepas dengan viral berita label negara Palestine didakwa telah dipadam oleh pihak Google dalam Google Maps. Ia menyebabkan jutaan penduduk dunia melancarkan petisyen meminta nama Palestin dimasukkan semula ke dalam aplikasi tersebut.

Petisyen berkenaan mendapat sambutan ramai dan hashtag #PalestineHere menjadi trending di laman sosial. Dalam pada itu, ramai yang kesal dengan tindakan pihak Google dan memberi amaran akan memboikot Google jika masih belum ada tindakan dari pihak mereka menyelesaikan isu tersebut.

PUNCA PALESTINE TIADA DALAM GOOGLE MAPS TERJAWAB

Bagaimanapun memetik laporan Astro Awani, pihak Google dalam satu kenyataan telah tampil menjelaskan bahawa sememangnya tidak pernah ada label bernama ‘Palestin’ dalam Google Maps.

“Namun kami telah mengesan ‘bug’ (kesilapan) atau pepijat dalam Google Maps, dengan label ‘Tebing Barat’ dan ”Gaza’.”

“Kami sedang berusaha segera untuk mengembalikan label tersebut di kawasan itu,” kata Google dalam satu kenyataan hari ini.

Berdasarkan kenyataan dari pihak Google itu ternyata nama Palestin sememangnya tidak pernah dilabelkan dalam pemetaan Google Maps dimana hanya menggunakan nama Gaza dan Tebing Barat.

Kenapa nama negara Palestin tidak ada pada peta Google?

Ini kerana, untuk melayakkan nama negara Islam berkenaan ada di Google Maps, Palestin harus diiktiraf oleh Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara.

Ketika ini, negara berkenaan hanya diiktiraf sebagai negara pemerhati bukan ahli di PBB sejak 29 November 2012 di mana ialah adalah langkah pertama untuk mengiktirafnya sebagai sebuah negara merdeka.

Sehingga kini ada 136 buah negara dari 193 negara anggota PBB telah mengiktiraf kewujudan negara Palestin.

Isu ini berbangkit apabila pada 25 Julai yang lalu Barisan Wartawan Palestin telah melakukan bantahan terhadap Google dengan mendakwa syarikat teknologi itu telah sengaja ‘membuang’ nama Palestin di Google Maps.

Semenjak itu sentimen masyarakat dunia terhadap isu berkenaan meningkat di mana kerana ‘kesilapan’ yang diakui oleh pihak Google itu menyebabkan ramai pengguna media sosial beralih arah kepada enjin carian lain sebagai tanda protes.

Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.