Punca pengasuh penggal kepala budak akhirnya terjawab! Kecoh juga semalam dengan berita pengasuh penggal kepala budak yang berlaku di Moscow, Rusia. Wanita berusia 38 tahun yang dikenali sebagai Gyulchekhra Bobokulova itu berasal dari Uzbekistan.

Pengasuh kanak-kanak itu mengejutkan orang ramai apabila didapati membawa kepala budak yang dipercayai dipenggalnya di stesen kereta api. Menurut sumber berita, beliau dikatakan bertindak sedemikian kerana kecewa dengan perangai suaminya. Namun begitu, siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak berkuasa Rusia.

PUNCA PENGASUH PENGGAL KEPALA BUDAK DI RUSIA TERJAWAB

Wanita itu dilihat menjinjing kepala kanak-kanak berkenaan di stesen Oktyabrskoye Pole, utara Moscow, sambil menjerit “Mati kamu..pengganas”.

Susulan itu, polis menahan wanita berkenaan dan siasatan lanjut yang dijalankan menemui mayat seorang budak perempuan berusia empat tahun di sebuah flet berhampiran.

Wanita itu dipercayai membunuh serta memenggal kepala mangsa selepas ibu bapa kanak-kanak itu keluar bersama seorang lagi anak mereka. Wanita berkenaan juga dilaporkan membakar flet berkenaan.

p/s: Berang dengan suami, tapi penggal kepala budak tu…?


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.