Kecoh juga beberapa hari lepas dengan cerita seorang penyanyi rock terkenal tanah air telah bertindak memukul isterinya di khalayak ramai baru baru ini selepas mereka berdua dikatakan menghadapi satu salah faham. Kejadian berkenaan dilaporkan menerusi sebuah akhbar dan ianya berlaku dalam sebuah bank di Ampang. Insiden tersebut mengejutkan kakitangan dan pelanggan bank berkenaan.

Wanita berkenaan yang merupakan ibu kepada tiga anak hasil perkahwinan dengan penyanyi rock itu dilaporkan telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di ibu negara kerana kesakitan akibat perbuatan suaminya. Bagaimanapun, akhbar berkenaan tidak pula melaporkan kenapa penyanyi rock berkenaan bertindak begitu terhadap isterinya.

penyanyi rock rockers pukul isteri bank ampang#Gambar Sekadar Hiasan

Menurut sumber portal blog Rotikaya pula, ada sumber yang menyampaikan, insiden berkenaan berpunca apabila si isteri bertindak mencuri wang tunai suaminya atau dalam ayat lain mengambil wang penyanyi rock itu tanpa kebenarannya. Perkara itu menyebabkan rockers yang memang terkenal dengan sikap panas baran itu tidak dapat menahan sabar.

p/s: Rockers mana tidak dapat dipastikan. Apapun, tidak kira siapa tindakan itu memang tidak wajar dilakukan oleh seorang lelaki dan juga suami. Abaikan siapa gerangannya, yang penting sama-sama kita ambil iktibar dari apa yang berlaku..

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.