Kecoh beberapa hari lepas dengan video penghadang kayu yang bergerak sendiri di sebuah masjid di Kampung Tedong. Pelbagai andaian dan misteri dilontarkan berhubung punca kejadian ‘mistik’ itu.

Bagaimanapun, menerusi laporan Kosmo! Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) akhirnya merungkai kejadian misteri berkenaan. Menurut JAIM, pihaknya mengesahkan kejadian itu disebabkan oleh faktor angin dan keadaan fizikal.

PUNCA SEBENAR PENGHADANG KAYU BERGERAK SENDIRI AKHIRNYA TERJAWAB

Menurut Ketua Penguatkuasa JAIM, Rahimin Bani, siasatan awal yang dijalankan di lokasi mendapati penghadang kayu itu boleh bergerak sendiri kerana ia mempunyai roda dan diletakkan di ruang terbuka.

“Pihak JAIM telah menjalankan siasatan di masjid tersebut dan kami mendapati penghadang kayu itu boleh bergerak sendiri apabila angin kuat kerana ia mempunyai roda.

“Selain itu, permukaan lantai yang licin juga adalah faktor utama penghadang kayu tersebut mudah bergerak mengikut arah angin,” katanya sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar berkenaan.

Anda boleh tonton video dibawah:

Bagaimanapun, beliau juga tidak menafikan kewujudan jin dan terdapat golongan jin yang berupaya meminda atau menggerakkan benda secara fizikal.

“Terdapat golongan jin yang boleh menggerakkan barang iaitu jin Ifrit. Jin ini juga boleh menjelma sebagai manusia dan mengeluarkan api seperti yang berlaku pada zaman Nabi dan Rasul.

“Selain jin Ifrit, ada juga jin-jin lain namun golongan itu tidak begitu kuat dan kebiasaannya mengganggu manusia dengan bunyi guli dan mengetuk,” katanya. – Ammboi.Com


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.