Punca sebenar Ustaz Kazim Elias masuk hospital terjawab! Semalam Ustaz Kazim Elias telah dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian selepas mengadu sakit dada ketika memberi ceramah di Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) jajahan Bachok, Kelantan.

Menurut sumber awal, beliau dihantar ke hospital kerana dipercayai akibat serangan sakit jantung. Namun begitu, doktor telah mengesahkan penceramah bebas itu bukan diserang sakit jantung tetapi kerana terlalu penat.

PUNCA SEBENAR USTAZ KAZIM ELIAS MASUK HOSPITAL TERJAWAB 2

Difahamkan, Ustaz Kazim yang tiba di Kelantan petang semalam dari Terengganu, dijadualkan menyampaikan ceramah agama selama dua jam bermula 9 malam, anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

PUNCA SEBENAR USTAZ KAZIM ELIAS MASUK HOSPITAL TERJAWAB 4

Timbalan Pengurus (Pembangunan) KADA, Nik Ruslan Idrus, berkata sebaik naik ke pentas dan memulakan ceramah tidak sampai lima minit, Ustaz Kazim terpaksa menghentikan ceramah kerana sakit dada.

PUNCA SEBENAR USTAZ KAZIM ELIAS MASUK HOSPITAL TERJAWAB 3

“Ustaz Kazim sempat memohon maaf kepada orang ramai kerana tidak dapat meneruskan ceramah seperti yang dijanjikan kerana perlu ke hospital dengan segera. Ustaz Kazim di bawa ke Klinik Kesihatan Gunong sebelum dirujuk ke HUSM,” ujarnya yang terpaksa menggantikan penceramah dari KADA bagi tidak menghampakan orang ramai.

Nik Ruslan berkata, keadaan Ustaz Kazim ketika tiba di lokasi sudah nampak kurang sihat dan wajahnya pucat, namun masih mahu meneruskan ceramah.

“Ustaz Kazim ada memaklumkan dia sepatutnya ke hospital untuk membuat rawatan, namun menangguhkan kerana sudah berjanji untuk berjumpa dengan penduduk di Bachok,” jelasnya.

Sementara itu, Jemaah Ahli Lembaga Pengarah PPK Sri Gunong, Mohd Radzuan Hamat yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan Kazim yang lebih dikenali sebagai ustaz Kazim kini stabil di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

PUNCA SEBENAR USTAZ KAZIM ELIAS MASUK HOSPITAL TERJAWAB 1

Sama-sama kita doakan agar Ustaz Kazim Elias segera sihat, kembali pulih seperti sediakala dan dapat menyampaikan ilmu beliau sebagaimana biasa. Insya Allah.

[Terkini] Pegawai Khas Mohd. Kazim, Rafi Rahman berkata,  setakat ini doktor mengesahkan terdapat otot di bahagian jantung beliau mengalami luka.

“Pihak hospital masih menjalankan diagnosis lanjut bagi mengetahui punca sebenar. Beliau (Ustaz Kazim) sudah sedar pagi tadi dan boleh bercakap dengan jelas berbanding dengan keadaannya malam tadi namun masih dalam keadaan keletihan dan memerlukan banyak rehat” katanya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.