Sebuah kereta Perodua Alza milik seorang pekerja kilang di Batu Maung dilaporkam terbakar dalam kejadian yang berlaku di Km3.6 Jambatan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini.

Punca sebuah Perodua Alza terbakar di Jambatan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah? Memetik sumber berita mpv berkenaan terbakar selepas merempuh pembahagi jalan. Pemilik kenderaan itu, Hazratun Nirmi Farez, 33, cedera ringan dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pulau Pinang Superintendan Ibrahim Abu Bakar berkata, ketika kejadian wanita berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Batu Kawan selepas bekerja. Jelas beliau lagi, kemalangan itu berlaku ketika hujan lebat dan tidak melibatkan kenderaan lain. Mangsa sempat keluar menyelamatkan diri selepas keretanya terbakar.

perodua alza terbakar di jambatan tuanku abdul halim mu'adzam shah perodua alza terbakar

Sementara itu, jurucakap bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap berkata pihaknya menerima laporan pada pukul 7.59 pagi dan ketika bomba tiba di tempat kejadian, kereta itu telah musnah hampir 100 peratus. [BH Online]


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.