Lagi kes suami bertindak ganas terhadap isteri. Kalau semalam, suami tendang perut isteri yang hamil 8 bulan. Terbaru, seorang lelaki hilang pertimbangan apabila tergamak membaling mesin pengisar ke arah tengkuk isterinya itu sehingga cedera dan mungkin lumpuh dalam kejadian di Gong Badak, Kuala Terengganu, kelmarin.

Memetik sumber berita, lelaki itu bertindak melampau gara-gara berang kerana isterinya mahu bekerja di Kuala Lumpur. Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 30-an menghubungi abangnya jam 8 malam dan meminta mengambil anaknya di rumahnya.

Katanya, sebaik menerima panggilan itu, abang mangsa berusia 38 tahun dan tinggal di Kuala Berang, segera ke Kuala Terengganu untuk menjemput anak saudaranya. Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, anak mangsa menghubungi bapa saudaranya dan memaklumkan ibunya sudah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas bergaduh dengan bapanya.

suami baling pengisar hingga isteri cedera parah

Terkejut dengan kejadian menimpa adiknya, si abang segera ke HSNZ, Kuala Terengganu sebelum dinasihatkan pihak hospital membuat laporan polis memandangkan kecederaan dialami adiknya serius, lapor Harian Metro.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.