Akibat tertekan dengan masalah rumahtangga, sepasang suami isteri maut apabila bertindak meminum racun rumput di rumahnya di Taman Cempaka dekat Bukit Gambir, semalam. Pow Kim Chuan, 49, dan isterinya, Kang Yen Peng, 45, maut dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) kira-kira jam 1 petang akibat pendarahan teruk organ dalaman.

Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu disedari jiran mangsa selepas mendengar jeritan wanita dari arah bilik utama rumah berkenaan. Jiran yang enggan dikenali berkata, dia segera ke rumah itu melihat Kim Chuan sudah terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di ruang tamu. Manakala isterinya ditemui terbaring atas katil bilik utama dalam keadaan tenat dan mengerang kesakitan.

minumracun

Beliau menghubungi pusat kesihatan berhampiran dan kedua-dua mangsa dihantar ke HPSF untuk rawatan lanjut, Menurut jirannya, dia terkejut dengan kejadian yang menimpa pasangan suami isteri berkenaan kerana mereka tidak pernah menunjukkan sebarang masalah di hadapan jiran. Difahamkan, ketika kejadian ketiga-tiga anak mangsa iaitu dua perempuan lingkungan usia 20an dan seorang lelaki berusia belasan tahun tiada di rumah kerana keluar bekerja dan ke sekolah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Mohd Salleh Razak mengesahkan kejadian tersebut yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. Katanya, kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat sebelum mayatnya dituntut keluarga.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.