Keputusan yang mengejutkan banyak pihak, tapi ada makna. Makna yang memerlukan ‘mereka yang berkenaan’ berjaga-jaga. Rasanya had kesabaran Tan Sri Annuar Musa (TSAM) dengan mereka itu sudah dikemuncaknya. Dengan pelbagai hukuman dan sekatan dikenakan keatas beliau, TSAM telah mengumumkan melepaskan semua jawatan dalam persatuan bola sepak termasuk jawatan Presiden Persatuan Bola sepak Kelantan (KAFA) berkuat kuasa serta-merta.

Selain itu, TSAM turut akan melepaskan jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bermula dari tempoh penggantungan beliau sejak 4 April 2012 selain menarik diri daripada mengganggotai Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara bagi memastikan FAM mempunyai wakil dalam jawatankuasa berkenaan.

Punca perletakkan jawatan?

tan sri annuar musa

Tan Sri Annuar Musa berkata tindakannya melepaskan semua jawatan dalam persatuan bola sepak bukan kerana mengalah tetapi sebalik mahu melawan secara habis-habisan. Katanya beliau mahu memulakan perjuangan baharu dalam membangunkan bola sepak negara terutama pasukan Liga Super Kelantan, ‘The Red Warriors’ (TRW).

“Saya meletak jawatan untuk melawan secara habis-habisan… bukannya kerana saya sudah mengaku kalah. Walaupun sudah meletak jawatan tapi sekarang saya mahu teruskan aktiviti bola sepak Malaysia sebagai individu di luar organisasi bola sepak negara,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Ditanya kemungkinan beliau akan kembali semula ke pangkuan KAFA atau FAM selepas tempoh penggangtungannya tamat Oktober tahun depan, TSAM berkata:

“KAFA akan buat pemilihan selepas bulan Oktober, kalau dipilih tidak ada masalah…tapi itu terpulang kepada ahli gabungan KAFA. Pemilihan bagi FAM pula adalah sebelum penggantungan saya tamat. Masa itu saya masih dalam penggantungan dan jika diberi pengampunan saya nak menawarkan diri dalam FAM,” katanya selian menegaskan walaupun sudah tidak mempunyai jawatan dalam organisasi bola sepak negara dan KAFA namun beliau akan terus menyokong perkembangan pasukan bola sepak itu.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.