Sejak kebelakangan ini ramai diantara kalangan artis tanah air menamatkan zaman bujang mereka di usia yang mudah terutamanya artis-artis wanita. Ianya sudah seperti ‘trend’ masa kini membina sebuah keluarga di usia yang muda. Tetapi tidak bagi penyanyi comel berasal dari Kuching, Sarawak ini. Usianya sudah pun mencecah 32 tahun tetapi bagi Dayang Nurfaizah Awang Dowty, dia masih belum bersedia untuk memikirkan soal jodoh.

Bercakap kepada mStar Online, Dayang yang mengakui masih belum berpunya lebih selesa untuk hidup membujang seperti sekarang. Jarang sekali Dayang dikaitkan dengan mana-mana selebriti lelaki sepanjang bergelar anak seni kecuali pada suatu ketika dahulu pernah digosipkan bersama Anuar Zain.

dayang nurfaizah

“Terus-terang saya sehingga kini masih belum ada kekasih hati dan kerana sibuk dengan kerjaya yang sedang dibina. Ya, pasti ramai yang tidak percaya tetapi itu adalah hakikatnya. Saya tidak tahu bagaimana mahu memulakan perhubungan. Lagipun saya tidak pernah letak soal jodoh sebagai keutamaan dalam hidup. Keluarga juga tidak pernah mendesak saya untuk berkahwin,” ujar Dayang Nurfaizah panjang.

Mengakui sikapnya yang pemalu dan pendiam, adalah antara punca utama mengapa dirinya sukar untuk mencari pasangan hidup. Malah dia tidak meletakkan sebarang sasaran umur untuk menamatkan zaman solonya dan tidak kisah jika digelar andartu kerana gelaran seperti itu sudah tidak diguna pakai lagi di zaman serba moden ini.

“Saya tidak mahu bujang sehingga ke hari tua. Suatu hari nanti pasti saya akan berkahwin juga. Cuma buat masa ini saya masih belum ada jodoh,” kata Dayang yang tidak mahu kisah peribadi mengatasi karier seninya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.