Kecoh juga pada Ahad dengan berita seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an dijumpai dalam keadaan dirantai di hadapan Kompleks 3K di Serdang Raya.

Ramai yang meluahkan rasa kesal dengan apa yang berlaku. Ada juga netizen yang tanpa usul periksa mengecam tindakan merantai wanita berkenaan kerana didakwa mendera dan mengaibkannya.

Bagaimanapun menerusi laporan berita hari ini, seorang wanita yang mengaku ibu kepada wanita yang dirantai tampil mengaku dia bertindak merantai anak perempuannya itu.

Punca wanita dirantai di hadapan Kompleks 3K Serdang Raya Terjawab

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata ibu wanita tersebut telah membuat laporan polis kira-kira pukul 3.15 petang Isnin.

“Dia mendakwa anak perempuannya itu mabuk. Dia kemudian bertindak merantai mangsa kerana bimbang dengan keselamatannya.

“Kami tidak menjumpai sebarang elemen jenayah di dalam kes itu setakat ini dan wanita tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dipetik portal mStar Online.

Kes selesai…

Megat Mohamad berkata dengan perkembangan terbaharu ini, polis menyifatkan kes ini sebagai sudah selesai.

Pada Ahad, seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an dijumpai dalam keadaan dirantai di hadapan Kompleks 3K di Serdang Raya.

Jabatan Bomba dan Penyelamat datang ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan dan membebaskan wanita itu.

Difahamkan, wanita berkenaan dirantai kerana sering mabuk.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.