Gajah juga mempunyai perasaan. Orang zaman kini banyak menggunakan binatang-binatang bagi kehendak mereka yang tamak untuk mengaut keuntungan. Kita patut berterima kasih kepada pusat-pusat konservasi yang dibina bagi menjaga kepentingan haiwan-haiwan liar yang semakin pupus kerana perbuatan manusia sesama kita juga.

Puan Bahiah Saripuddin telah sudi kongsikan bersama pengalaman beliau ketika melawat Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah, Pahang. Beliau juga sertakan sekali tips dan cara menghubungi pusat konservasi ini.

Nak ke Kuala Gandah ini kalau dari Kuala Lumpur akan mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan menggunakan kenderaan sendiri. Anda akan melalui Lebuh Raya Pantai Timur dan exit ke persimpangan Lancang. Nanti akan ada signboard. Follow sahaja.

Bila dah sampai, anda perlulah daftar terlebih dahulu dan dapatkan pass masuk iaitu pelekat sticker macam yang anda nampak dekat tudung saya ya.

Tips bagi yang pergi dengan rombongan contohnya rombongan sekolah ataupun universiti boleh call dulu ataupun menghantar surat untuk tempahan bagi mengelakkan kesesakkan.

Seterusnya, jika anda sampai awal sebelum pukul 12 PM. Anda boleh direct ke kawasan penerokaan untuk melihat gelagat gajah secara semulajadi. Kira boleh spend masa lama tengok bawa anak-anak kan.

Saya sarankan pergi awal sebab jam 1 PM akan ada tayangan video ringkas di auditorium selama 30 minit. Video ini ialah video mengenai maklumat dan senario bagaimana gajah liar terdedah dan terancam bahaya.

Selepas anda tengok video ini, anda akan tahu bagaimana gajah-gajah ini diselamatkan dan dipindahkan ke habitat untuk kelangsungan hidup lebih selamat. Dari sini baru anda rasa feeling kesedaran di mana nyawa gajah patut dijaga.

Bila dah menonton video, waktu tengahari anda boleh singgah di cafe kecil. Di situ ada jual nasi campur dan masakan panas. Kalau nak jimat kos, anda bawa bekal pun tiada masalah janji jaga kebersihan dan jangan buang sampah merata-rata.

Jika anda nak ke toilet dan surau memang kemudahan itu disediakan sepanjang laluan ke kawasan pertunjukkan aktiviti gajah. Tak tahu boleh tengok penunjuk arah yang disediakan.

Baik. Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Waktu petang bermula jam 2 PM akan ada pertunjukan gajah termasuk penerangan gajah-gajah yang ada dan aktiviti bagi makan.

Saya memang ambil peluang pegang, bergambar dan bagi makan. Anak saya ini takut pada mulanya tapi bila kita minta dia bagi makan lama kelamaan dia berani nak pegang belalai gajah tu. Hehe.

Selalu selepas aktiviti bagi makan akan ada aktiviti mandi sungai. Dekat sini kalau anda ingin mandi bersama gajah boleh buat pembayaran sebanyak RM10 dewasa dan RM5 kanak-kanak.

Malangnya, waktu saya melawat ini tiada aktiviti mandi sebab semalam hujan dan air sungai naik tinggi. Sebagai keselamatan staf dan gajah aktiviti mandi tak dijalankan.

Begitulah serba sedikit pengalaman saya membawa anak kesayangan melihat real gajah depan mata. Sangat recommended buat ibu bapa yang berhajat nak bawa anak-anak memberi pendedahan luas tentang gajah dan seterusnya memupuk sikap menyayangi hidupan liar kita ini.

Kuala Gandah Elephant Orphanage Sanctuary


Video boleh tonton di link:
https://youtu.be/Fp7S9RNn9K0

Kordinate GPS: 3.596068, 102.145354

Waktu operasi:

Isnin – Ahad

8.00 am hingga 1.00 pm
2.30 pm hingga 4.30 pm

Jumaat

8.00 am hingga 12.30 pm
2.30 pm hingga 4.30 pm

Tel: 013 9790272 / 013 9088207
E-mail: [email protected]
Laman web: www.wildlife.gov.my

NOTA: Tiada perkhidmatan menaiki gajah di sini. Anda jangan tanya kenapa tiada. Dekat pusat konservasi ini ialah tempat menjaga dan melindung gajah bukannya ‘dera’ gajah.

*Memang betul apa yang Puan Bahiah selitkan di hujung penulisannya. Marilah ke Pusat Konservasi Kebangsaan Kuala Gandah bersama anak-anak demi memupuk rasa kasih sayang dalam diri mereka sementara mereka masih kecil.

Rujukan:

Post FB : https://www.facebook.com/bahiah.saripuddin/posts/1013896662129476

Penulis: Siti Khadijah

Merupakan pelajar dan kini menetap di Kuantan.Merupakan penulis separuh masa di Ammboi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.