Saingan Kejohanan Badminton Seluruh England (All England 2012) bermula semalam dengan pusingan kelayakan dan tumpuan pastinya menjurus kepada pemain muda negara, Liew Daren dan Chong Wei Feng serta pemain veteran, Muhd Hafiz Hashim. Hafiz dan Daren menang perlawanan pertama pusingan kelayakan semalam namun masih perlu melepasi satu lagi perlawanan untuk beraksi di undian utama hari ini.

Pada aksi semalam, Hafiz langsung tiada masalah menundukkan pemain Hong Kong, Chan Yan Kit 21-11, 21-15 dalam masa kurang setengah jam. Hafiz akan berdepan cabaran pemain Taiwan, Chou Tien Chen yang mengejutkan pemain Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk 21-9, 21-12 dalam perlawanan lewat malam tadi.

Daren pula mengatasi pemain Singapura, Derek Wong 21-16, 21-17 dan bertemu pemain Taiwan, Hsueh Hsuan Yi dan dijangka mengatasi Hsuan Yi selepas pertemuan kali terakhir di Terbuka Malaysia, Januari lalu menyebelahi Daren yang kini memegang rekod pertemuan 2-1.

Sementara itu, gandingan adik-beradik Ng Hui Lin-Ng Hui Ern yang menuntut di United Kingdom turut melepasi perlawanan pertama kelayakan selepas mengatasi pasangan Amerika Syarikat, Eva Lee-Paula Lynn Obanana 21-19, 21-18. Namun mereka berdepan lawan liat dari Denmark, Nicole Grether-Charmaine Reid untuk mara ke pusingan pertama.

Gandingan beregu campuran, Ong Jian Guo-Lim Yin Loo turut melepasi cabaran pertama kelayakan dengan menewaskan pasangan Jerman, Johannes Schoettler-Sandra Marinello 20-22, 21-19, 21-12. Namun sayang, kemaraan Jian Guo-Yin Loo gagal diikuti gandingan muda, Tan Aik Quan-Lai Pei Jing yang tunduk kepada pasangan tuan rumah, Marcus Ellis-Heather Olver 20-22, 23-21, 14-21.

Saingan utama kejohanan bermula hari ini dengan perhatian peminat badminton pastinya terarah kepada dua musuh ketat di pentas dunia iaitu Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan.

LIVE STREAMING VIDEO BADMINTON ALL ENGLAND 2012

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.