Puteri Sarah Bercinta Dengan Syamsul Yusof? | Nampaknya perang media antara Puteri Sarah Liyana dan bekas kekasihnya pelakon dan model Ammar Alfian Aziz masih belum berakhir. Keduanya dikatakan sering berbalas ‘kata’, antaranya Puteri Sarah pernah menyatakan dalam satu laporan media dia bersyukur berpisah dengan Ammar. Terbaru, Ammar pula membalas dengan pendedahan bahawa Puteri Sarah sebenarnya sedang menjalinkan hubungan dengan pengarah filem popular Syamsul Yusof. Betulke?

Menerusi laporan mStar Online, Ammar Alfian Aziz mendedahkan gosip berkenaan dan menafikan dakwaan Puteri Sarah yang menyatakan dia masih solo sedangkan sedang bercinta dengan pengarah dan pelakon berkenaan.

puteri sarah dan syamsul yusof

“Mereka mula akrab sejak Oktober 2012 dan kami putus pada Disember 2012. Dia cakap dirinya solo tetapi sebenarnya tidak. Tanyalah Datuk Yusof Haslam (bapa Syamsul) tentang hubungan mereka dan lihatlah apa jawapannya. Saya mendedahkan perkara ini kerana saya sudah bosan apabila dia (Puteri Sarah) sering memburukkan nama saya di media serta krew-krew produksi lain. Adakah itu sikap dia sekarang ini?,” katanya dalam laporan berkenaan.

Ammar juga berkata, sepatutnya selepas bertukar imej dengan bertudung, Puteri Sarah tidak wajar menceritakan perihal peribadi selain memburuk-burukkan perhubungan mereka dahulu.

“Sebagai wanita yang sudah berubah menjadi Islam yang lebih baik, rasanya tidak elok jika dia nak memburukkan sesiapa sahaja termasuklah saya. Bagaimanapun saya dah lali kerana sepanjang kami bersama pun dia sering memburukkan saya. Cuma ada juga apa yang Sarah cakap itu betul, hubungan kami sebelum ini macam buang masa. Saya sebelum ini sanggup bekerja keras dan menyimpan duit untuk berkahwin dengannya, tetapi lain pula jadinya. Dia tidak nampak apa yang telah saya buat untuknya,” ujar Ammar.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.