Laporan ammboi sebelum ini ada menyebut bahawa pelakon Shahrizal Jaszle atau Shahz Jaszle dan Redzwani Puteri belum putus tunang. Ia kerana ibu Shahz masih menganggap Redzwani Puteri adalah tunang anaknya selagi keputusan mahkamah berhubung kes khalwat Shahz Jaszle belum dimuktamadkan. Bagaimanapun, ada laporan lain pula menyebut memang mereka dah putus tunang kerana keluarga pihak perempuan sudah mengembalikan cincin pertunangan.

Bagaimanapun keputusan untuk memutuskan pertunangan itu hanyalah dari pihak keluarga perempuan dan ianya bukannya kerelaan hati pasangan tersebut. Memetik laporan mStar Online, sumber terdekat pasangan itu berkata, keputusan untuk memutuskan pertunangan pada 10 Jun lalu dibuat oleh keluarga pihak perempuan dan ia seboleh-bolehnya tidak diingini oleh pihak lelaki.

shahz jaszle dan redzwani puteri bertunang

“Keluarga perempuan yang mendesak untuk memutuskan pertunangan Shahrizal dengan Redzwani Puteri selepas berita kes penangkapan khalwat Shahrizal dengan seorang wanita heboh diperkatakan. Secara jujurnya, Shahrizal dan Redzwani Puteri masih lagi pasangan kekasih dan mereka tidak sanggup untuk berpisah,” kata sumber itu.

Sebagai bukti katanya, Redzwani Puteri kerap kali dilihat menemani Shahrizal di lokasi penggambaran dan jika benar mereka tiada kaitan, tidak mungkin pertemuan itu boleh berlaku. Mesej berbalas yang dipaparkan pada Twitter Shahrizal dan Redzwani menunjukkan mereka masih lagi intim. Jelas sumber itu lagi, Redzwani Puteri dan Shahrizal juga merasakan mereka masih lagi dalam ikatan pertunangan walaupun pada dasarnya pihak perempuan sudah memulangkan cincin pemberian pihak lelaki.

shahz jaszle dan redzwani puteri berbalas twitter

“Semalam (Khamis) Redzwani Puteri menemani Shahrizal di lokasi penggambaran sebuah drama di Taman Rimba Templer, Rawang. Ia adalah bukti mereka masih lagi mempunyai hubungan sama seperti pasangan kekasih lain. Ia diperkukuhkan lagi apabila kedua-dua mereka sering membalas mesej di Twitter sambil meluahkan rasa sayang masing-masing,” ujar sumber berkenaan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.