‘Qari Junior’ Cungkil Tahfiz Muda | Buat julung kalinya TV3 akan muncul dengan program realiti terbaru iaitu Qari Junior yang berkonsepkan keagamaan untuk kanak-kanak bersempena Bulan Ramadhan yang mulia ini. Program ini akan mencungkil bakat kemahiran kanak-kanak berumur lingkungan tujuh hingga 12 tahun dalam menghafaz ayat suci Al-Quran.

Bersiaran selama 30 minit, Qari Junior menampilkan Ustaz Zhafran Zainuldin sebagai pengacara dan para peserta akan diadili oleh juri-juri yang berpengetahuan luas dalam bidang keagamaan seperti Ustaz Zamri Zainuldin dan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman bersama beberapa juri jemputan.

Daripada 100 peserta yang hadir untuk sesi ujibakat, hanya 12 yang layak dipilih bertanding di dalam program Qari Junior. Di setiap penghujung episod, terdapat sesi penyingkiran di kalangan peserta sehingga empat orang peserta sahaja yang akan mara ke pusingan akhir.

Juara Qari Junior akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM10,000 beserta hadiah iringan manakala saguhati akan menerima RM2000 juga beserta hadiah iringan. Jangan ketinggalan untuk menonton Qari Junior yang akan mula bersiaran pada 23 Julai ini, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 9.00 pagi di TV3.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.