Linda Jasmine isteri kepada pelakon Que Haidar itu, dia kini sedang sarat mengandung tujuh bulan. Linda menyatakan tahap kesihatannya kini kurang menentu. Dia tidak sedap badan ekoran beberapa kali terjatuh di atas pentas sewaktu hadir memantau perkembangan produksinya sepanjang tiga minggu latihan dijalankan sebelum ia dipentaskan selama tiga malam berturut-turut pada minggu lalu.

Usia kandungannya yang kini hampir mencecah usia tujuh bulan, kata Linda dia dijangka melahirkan bayi yang sudah disahkan jantinanya perempuan itu pada 1 Mei 2012 ini. Beliau akui mahukan seorang bayi perempuan, jadi sudah tentu selepas membuat imbasan jantina bayi sewaktu berusia lima bulan, beliau cukup gembira apabila mendapat tahu bakal melahirkan seorang lagi bayi perempuan.

Apabila ditanya tentang pemilihan nama bakal bayi perempuannya itu, wanita yang berusia 40 tahun itu mengaku sudah memilih nama untuk anaknya itu, tetapi kata Linda biar ia menjadi rahsia terlebih dahulu. Ulasnya ringkas: “Nama sudah ada tapi biarlah rahsia dulu, nanti tak ada kejutan.”


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.