Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud telah mengarahkan pemberian wang pampasan kepada keluarga mangsa tragedi kren runtuh di Masjidil Haram sebanyak SR1 juta (RM 1.1 juta).

Raja Arab Saudi umum pampasan RM1.1 juta kepada mangsa kren tumbang di Masjidil Haram – Wang itu dilaporkan akan diberikan kepada keluarga setiap mangsa yang terkorban, termasuk mereka yang cedera dan mengalami kecacatan kekal akibat insiden malang di Kota Mekah itu.

RAJA ARAB SAUDI UMUM PAMPASAN RM1.1 JUTA KEPADA MANGSA KREN TUMBANG DI MASJIDIL HARAM

Dalam pada itu, mereka yang mengalami cedera ringan pula akan diberikan pampasan SR500,000 (RM573,610). Raja Salman dikatakan berbuat demikian adalah sebagai satu bantuan kepada keluarga jemaah yang terkorban selain sebagai bantuan kepada mereka untuk menuntut hak mereka di mahkamah.

Manakala bagi mereka yang tidak dapat meneruskan ibadat haji tahun ini kerana cedera dalam kejadian itu, akan menerima jemputan khas Diraja untuk menjalani ibadat haji tahun hadapan. Visa khas juga akan dikeluarkan untuk ahli keluarga yang menjaga mangsa yang cedera dan sedang dirawat di sana bagi memudahkan urusan mereka.

Raja Salman pada masa yang sama telah menamatkan serta merta perkhidmatan kontraktor terlibat iaitu Saudi Binladin Group di mana kren milik syarikat berkenaan telah tumbang mengorbankan sekurang-kurangnya 107 jemaah Jumaat lalu. [astroawani]

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.