Selain dari dilanda misteri kehilangan pesawat MH370, negara kita juga terpaksa berdepan dengan cerita Raja Bomoh Sedunia, Ibrahim Mat Zin. Boleh dikatakan cerita Raja Bomoh melakukan ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini sudah tersebar ke pelusuk dunia. Selain mencemarkan imej negara, ia juga secara terang-terangan bertentangan dengan ajaran agama kita, Islam.

BACA JUGA: GARA-GARA PARODI AKSI BOMOH TIKAR TERBANG, JURURAWAT BERDEPAN HUKUMAN GANTUNG TUGAS?

Memetik sumber Sinar Harian, Raja Bomoh bakal dikenakan tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, tindakan itu akan dikenakan ke atas Ibrahim Mat Zin, 80, jika siasatan Jais mendapati perbuatannya menyimpang daripada ajaran Islam sebenar. Ahmad Zaharin berkata, pihaknya juga masih melakukan pemantauan di KLIA bagi mengekang kegiatan itu daripada berulang.

raja bomoh guna permaidani terbang

“JAIS menerima banyak aduan daripada orang ramai, termasuk melalui laman sesawang dan Facebook Jais, berhubung perbuatan dia. Merujuk kepada aduan itu, Jais sedang meneliti dan menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 7(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor,” katanya dipetik akhbar berkenaan.

Pada Rabu lepas, Ibrahim dilapor melakukan ritual ala-ala ‘tikar terbang’ dengan disertai beberapa lelaki memegang dua biji kelapa yang tidak diketahui fungsinya. Dua hari sebelum itu, Ibrahim turut muncul di KLIA melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.