Raja Pecut dan Ratu Pecut Sukma Pahang 2012 | Harith Ammar Mohd. Sobri dari Terengganu dan Zaidatul Husniah Zulkifli dari Pulau Pinang masing-masing ditabalkan selaku raja pecut dan ratu pecut Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di Pahang 2012.

Dalam saingan akhir acara 100 meter lelaki yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi, Harith Ammar melakukan catatan masa 10.84 saat. Pingat perak dimenangi pelari Kedah, Mohd. Helmi Ahmad dengan catatan masa 10.92s, manakala gangsa milik atlet Sabah, Eddie Edward Jr. (10.93s). Menurut Harith, beliau tujukan kemenangan ini kepada seluruh rakyat Terengganu.

Sementara itu, nasib berbeza menyelubungi Zaidatul Husniah dan pasangan kembarnya, Zaidatul Husna dalam final acara 100m wanita. Tatkala Zaidatul Husniah, 19, melintasi garisan penamat selaku juara dengan catatan masa 12.29s, Zaidatul Husna pula gagal menamatkan perlumbaan sehingga terpaksa menarik diri gara-gara kecederaan hamstring.

Pingat perak acara 100m wanita diraih pelari Johor, Lee Jia Qin yang melakukan catatan masa 12.45s, manakala atlet Sabah, Stefbilce Sandy Stephen (12.50s) meraih gangsa.Rekod Sukma dalam acara riben biru itu masih kekal milik jagoan Sarawak, Watson Nyambek dengan catatan masa 10.33s, manakala atlet Johor, Siti Fatimah Mohamad memegang status bagi saingan wanita iaitu 11.82s.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.