Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan swasta akibat fibrosis paru-paru atau paru-paru berparut. Menurut rakannya Aishah Ali, Sharifah Aini yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 61 pada Rabu dibawa ke pusat perubatan berkenaan oleh anaknya Aliff Omar Ali pada pagi Selasa selepas mengalami kesukaran bernafas.

Katanya, pakar perubatan Datuk Dr Zainudin Md Zain memaklumkan keadaan penyanyi itu dilaporkan stabil. Aishah juga berkata, doktor memaklumkan kepadanya penyakit fibrosis paru-paru dipercayai berlaku akibat gangguan imun pesakit dimana antibodi yang dihasilkan oleh darah putih pesakit menyerang paru-paru sendiri. Keadaan itu mengakibatkan kerosakan paru-paru yang mengakibatkan lama-kelamaan terjadinya penyakit tersebut yang menyebabkan penyerapan oksigen tidak efisyen.

“Buat masa ini Sharifah Aini tidak dibenarkan menerima lawatan mana-mana tetamu melainkan ahli keluarga terdekatnya sahaja,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik portal berita mStar Online.

sharifah aini masuk hospital icu

Terdahulu pada hujung Mei lalu, Sharifah Aini berkata beliau reda jika dijemput Allah selepas 28 hari dirawat di hospital akibat penyakit paru-parunya. Dalam luahan yang ditulis menerusi Facebook miliknya itu beliau meminta agar seluruh peminat mendoakan kesejahteraannya selain menghadiahkan Al-Fatihah sekiranya beliau sudah tiada.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.