Ada yang suka, dan ada yang tidak. Biasalah manusia. Mana pernah puas hati dengan apa yang orang lain usahakan. Apapun ini mungkin berita menggembirakan buat kakitangan swasta. Kerajaan dalam usaha menaikkan had umur persaraan swasta dan memberi peluang kepada kakitangan swasta terus berkerja sehingga umur 64 tahun.

Seperti dilaporkan media, Rang Undang-undang Umur Persaraan Swasta bagi menaikkan had umur persaraan sehingga 64 tahun dengan had bersara mandatori 60 tahun, dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jun 2012 ini. Ianya disahkan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, yang berkata draf itu sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk diperhalusi.

Menurut sumber berita juga,  gaji minimum sektor swasta akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 30 April 2012 ini. Pastinya ada sesuatu yang istimewa dalam pengumuman berkenaan dan sudah pasti semua kakitangan swasta tidak sabar untuk menantikan tarikh berkenaan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.