Ranking FIFA skuad bola sepak kebangsaan, Malaysia turun satu anak tangga ke kedudukan 154 dunia dalam ranking terbaru dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sehingga 6 Jun 2012, semalam. Seri 0-0 dengan Filipina menyaksikan Malaysia kini mengumpul 151 mata, kurang dua mata berbanding bulan lalu manakala Filipina turut turun satu anak tangga ke kedudukan 149.

Bagi memastikan Malaysia tidak dipintas Singapura yang kini naik satu anak tangga ke kedudukan 157 dunia, skuad kebangsaan tidak boleh tewas pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Jalan Besar, malam esok. Ini kerana, jumlah mata Malaysia tidak mampu diatasi Singapura jika skuad kendalian Datuk K Rajagobal sekurang-kurangnya menang sekali dan seri sekali pada dua aksi bertemu Singapura, termasuk di Stadium Shah Alam, Selasa depan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.