Isu kali ini berkaitan dengan laporan sebelum ini dimana Farid Kamil Halang Ibu Mertua Jumpa Anak Dan Cucunya. Farid Kamil dikatakan telah menggesa ibu mentuanya, Norsiah Ramli, bersemuka dengannya terlebih dulu jika mahu bertemu anak serta cucunya. Tindakan Farid Kamil itu ternyata kurang disenangi peminat kerana dia  cuba putuskan hubungan Norsiah, Diana Danielle.

farid kamil vs mertua norsiah ramli

Akhbar BH Online ada menyiarkan petikan komen dari peminat menerusi laman sosial Facebook. Ia menunjukkan rata-rata peminat tidak menyokong tindakan pelakon itu, walaupun sebahagiannya berpandangan sebaliknya. Walaupun amanah menjaga isteri, Diana Danielle Danny Beeson, yang juga seorang aktres kini terpikul di bahu Farid, namun peminat berpendapat lelaki itu tidak wajar menggunakan kuasa sebagai suami bagi mengekang kasih sayang antara ibu dan anak.

Ada Peminat Perempuan 1 berkata, Farid harus berlaku adil terhadap ibu mentuanya. Apatah lagi Diana ialah anak tunggal Norsiah, justeru tidak wajar untuknya memutuskan hubungan mereka dua beranak.

“Farid harus faham dan bersikap adil terhadap ibu Diana, memandangkan isterinya anak tunggal. Kita bukan hanya berkahwin dengan pasangan tetapi seluruh ahli keluarga mereka. Jadi sikap saling memahami itu penting, jangan hanya memikirkan diri sendiri semata-mata. Mentang-mentanglah syurga Diana terletak di bawah tapak kakinya, tidak bermakna Farid boleh menggunakan alasan itu sewenang-wenangnya untuk mengawal isteri. Jika dia benar-benar cintakan Diana, berikan ruang serta peluang kepada isteri dan mentuanya untuk bersemuka. Rumah tangga akan lebih berkat jika kita mengalah dengan mentua,” komen peminat berkenaan.

Peminat Perempuan 2 pula masing-masing berkeyakinan, Farid mempunyai alasan tertentu apabila mengambil tindakan sedemikian. “Farid berhak melindungi isteri dan anaknya kerana dia ketua keluarga. Kenapa ibu Diana membenarkan mereka berkahwin jika tidak merestui hubungan berkenaan?”

Peminat Perempuan 3 pula tidak bersetuju dengan tindakan Diana, yang dikatakan terlalu mengikut kata suami. “Buruk-buruk seorang ibu, esok lusa jika dilanda masalah, dia juga yang kita cari. Lebih-lebih orang perempuan.”

Manakala seorang Peminat Lelaki berpendapat, tindakan Farid yang juga pengarah filem membuka pekung di dada sebagai langkah yang silap. Dia juga tidak bersetuju dengan tindakan lelaki itu yang cuba ‘merampas’ Diana sepenuhnya daripada ibu kandungnya.

Begitulah antara komen-komen peminat Farid Kamil dan Diana Danielle. Walaupun bergelar selebriti, tidak salah kalau Farid Kamil dengar, baca dan faham pandangan peminat beliau. Ianya untuk kebaikan. Ibu manalah yang sanggup melihat anaknya menderita. Kalau benar ibu tu kejam, tak besar dengan sempurnalah anaknya itu sepertimana kini. Diharap kemelut antara Farid Kamil dan Puan Norsiah dapat diselesaikan segera.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.