Akhirnya Real Madrid berjaya menamatkan kemarau empat tahun dari sebarang kejuaraan liga apabila muncul juara Liga Sepanyol selepas menewaskan Athletic Bilbao 3-0 hasil jaringan Gonzalo Higuain, Mesut Ozil dan Cristiano Ronaldo, dalam perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi.

Madrid memerlukan kemenangan dengan Bilbao apabila sebelum itu pesaing terdekatnya yang juga penyandang juara, Barcelona menewaskan Malaga 4-1. Kejayaan itu juga mencatat rekod kepada pengurus Real, Jose Mourinho apabila membolot empat trofi liga di empat negara berlainan. Ia lebih manis apabila Real mengesahkan trofi La Liga miliknya ketika saingan liga masih berbaki dua lagi perlawanan musim ini.

Mourinho sekali lagi enggan bertemu wartawan Sepanyol selepas tamat perlawanan tetapi bercakap kepada Real Madrid TV. “Ia kejuaraan yang hebat untuk kami, tiada siapa memebri harapan kepada kami sepanjang musim ini, kami bangkit dari mula (musim) hingga penamat dan ia amat mengagumkan dan pemain berhak memiliki kejuaraan ini,” kata Mourinho.

 

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.