Seperti yang kita dikhabarkan sebelum ini, penerbit dan pengarah Erma Fatima telah membayar buat kali kedua saman kepada Rabecca Nur Al-Islam setelah bayaran pertamanya menggunakan syiling 5 sen ditolak pelakon itu. Kali ini, Erma menggunakan duit RM1 pula. Rebecca juga nampak menerima wang berkenaan seadaanya dan dia juga menjelaskan tidak mahu memanjangkan kes tersebut lagi. Kira sudah terimalah kan.

Selain itu, Rebecca ternyata bijak menggunakan wang tersebut. Menerusi laman Instagramnya, Rebecca telah menggunakan wang yang dimenanginya untuk membantu mangsa banjir di Kuantan, Pahang. Rabecca, 23, berkata, wang sebanyak RM11,200 yang dibayar oleh pengarah filem itu dengan menggunakan not RM1 sebanyak 11,200 keping dihantar ke pejabat peguamnya kelmarin.

rebecca

instagram rebecca bantu mangsa banjir

“Peguam saya telah menghubungi saya dan memberitahu mengenai wang tersebut. Saya kemudian meminta peguam saya supaya menghantar terus wang itu ke bank dan dimasukkan ke dalam akaun saya. Setelah wang tersebut diperoleh, saya terus mengajak beberapa orang rakan untuk membeli-belah di pasar raya Giant di Bukit Antarabangsa dan Mydin di Subang Jaya. Kami membeli pelbagai barangan keperluan seperti biskut dan air untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Kuantan,” kata artis itu dipetik laporan Kosmo!.

p/s: Tahniah kepada Rebecca. Semoga sumbangan Rebecca itu mendapat keberkatan NYA.. Amin..


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.