Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dari Blackburn, England telah mengaku merogol adik beliau yang berusia lapan tahun selepas menonton video lucah menerusi Xbox. Budak yang tidak boleh dinamakan atas sebab-sebab undang-undang, juga mengaku bersalah kerana menyerang gadis itu dan menghasut beliau untuk melakukan perbuatan seksual kepadanya.

Kes itu mencetuskan perdebatan tentang akses kanak-kanak kepada video lucah, dengan kumpulan anti rogol meminta kawalan yang lebih ketat. Remaja lelaki berkenaan memberitahu polis dia telah menonton video lucah menerusi Xbox bersama seorang rakan dan ‘membuat keputusan untuk mencubanya’. Katanya, dia memilih adiknya kerana beliau masih kecil dan ‘mudah lupa’.

xbox-rape-rogol-videolucah-pornvideo

Remaja berkenaan yang muncul di Mahkamah Majistret Blackburn pada hari Selasa, diikat jamin dan dibenarkan untuk hidup bersama ahli keluarga beliau, manakala pasukan belia menyediakan pra-hukuman ke atasnya . Mangsa kini dipantau oleh beberapa pakar untuk sementara waktu.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.