Banyak betul kes rogol dan bunuh sejak kebelakangan ini. Terbaru, seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun menempuh detik hitam apabila dirogol kekasihnya yang baru dikenali dua hari dalam kejadian di Tumpat, Kelantan. Pelajar terbabit yang bersekolah di sebuah sekolah menengah di daerah ini dikatakan keluar bersama teman lelakinya itu yang dikenali sebagai Naim, 17.

Memetik sumber berita, kira-kira jam 4 petang, Jumaat lalu, Naim telah membawa pelajar tersebut pulang ke rumahnya di Kampung Berangan. Semasa berada di dalam rumah tersebut, pelajar terbabit memberitahu dia melakukan hubungan seks dengan kekasihnya itu.

atlet sukma dakwa dirogol

Kejadian hitam yang menimpa pelajar terbabit terbongkar apabila dia memberitahu kepada kedua ibu bapanya dan satu laporan polis dibuat. Pelajar terbabit dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintenden Zaharudin Rasip mengesahkan menerima laporan tersebut. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. Katanya lagi, usaha mengesan dan menangkap suspek sedang dijalankan.

p/s: Benda ni jadi kes rogol sebab bawah umur…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.