Dalam banyak-banyak kes rogol, ammboi rasa inilah perogol paling ganas. Lebih 300 nyawa menjadi mangsanya. Kira suspek betul-betul rakus dan ekstrem dengan kegiatan merogol ni. Kejadian ini berlaku di daerah Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia. Seorang remaja lelaki 17 tahun di daerah berkenaan didakwa merogol seorang budak perempuan enam tahun dan 300 ekor ayam kampung.

Memetik sumber Berita Harian, hakim kes itu, Motur Panjaitan, berkata remaja terbabit mengaku merogol ayam, membunuhnya atau membiarkannya mati. Itu yang diberitahu tertuduh, kata Motur kepada portal berita Indonesia, Detik.com.

Penternak ayam dari kejiranan defendan perkampungan Cimanuk, daerah Cikalong, dipanggil memberi keterangan terhadap remaja terbabit yang didakwa rogol ketika mabuk dan cuba membunuh seorang budak sekolah rendah. Dia juga didakwa mencampakkan mangsa ke laut. Tetapi, budak perempuan itu terselamat. Agus Sugianto, 30, berkata ayamnya diserang defendan antara Disember 2012 dan September 2013. Tiga puluh ekor ayam milik saya mati. Ternakan itu kacukan Arab dan ayam kampung, kata Agus kepada portal berita jpnn.com. Katanya ayamnya mengalami koyakan teruk pada dubur dan tanda lain jelas dirogol.

AYAM MATI

Wasudisman, bapa saudara defendan berkata anak saudaranya sudah terbabit dalam kelakuan seksual luar tabii sejak berusia sembilan tahun. Bapa saudara berusia 47 tahun itu berkata beliau pernah melihat anak saudaranya menyerang kambing dan ayam. Dia melakukan perbuatan itu kerana suspek sakit.

Katanya, dia membesarkan defendan sejak berusia tujuh tahun kerana ibunya seorang pekerja asing di luar negara manakala bapanya tidak diketahui di mana berada. Ramai jiran datang ke rumah, katanya, menuntutnya membayar 25,000 rupiah (RM6.77) bagi setiap ayam yang dibunuh anak saudaranya.

Peguam budak lelaki itu, Ramadanil S. Daulay, berkata defendan menderita gangguan seksual dan meminta dia menerima rawatan perubatan berbanding dipenjarakan. Orang yang sakit sepatutnya dirawat di pusat pemulihan, bukan penjara. Memenjarakannya tidak akan menghalang perbuatannya kecuali mendapat rawatan yang betul, kata Ramadanil.

p/s: Memang kena beri rawatan, tapi kalau sampai ayam pun beratus-ratus ekor kena rogol, memang bahaya kalau terlepas bebas lagi..


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.