Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un (انّا للہ و انّا الیہ راجعون) | Apa sebenarnya niat bapa remaja ini? Hanya kerana anaknya meluahkan hasrat untuk bekerja bagi membantu keluarga pun dipukulnya sampai meninggal dunia?

Memetik sumber Berita Harian, hanya kerana menyatakan hasrat mahu bekerja untuk membantu keluarga, seorang remaja maut dipukul bapanya dengan sebatang kayu di Kampung Jawa, Alor Gajah petang semalam.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Muhamad Hafiz Abd Ghani,17, dikatakan menyatakan niat berkenaan kepada bapanya yang berusia 52 tahun sebelum berlaku pertengkaran di antara mereka.

Ibu mangsa, Siti Habibah Ismail, 38, berkata ketika bertengkar suaminya mengambil sebatang kayu lalu memukul anak sulung daripada 10 beradik itu. Beliau berkata, anaknya yang tidak bersekolah itu hanya menyatakan hasrat mahu bekerja bagi mencari wang untuk membeli juadah berbuka puasa.

bapa pukul anak sampai mati kampung jawa alor gajah melaka

“Arwah hanya memberitahu bapanya dia mahu mencari kerja untuk mencari wang bagi membeli juadah berbuka puasa kerana sebelum ini kami sekeluarga hanya mampu menikmati bubur, pisang goreng dan air kosong setiap kali berbuka. Namun, suami tiba-tiba naik berang lalu mengambil sebatang kayu dan memukul anak bertubi-tubi sehingga dia rebah di ruang tamu sebelum saya menariknya masuk ke dalam bilik,” katanya.

Katanya, dia menyedari anaknya itu sudah meninggal dunia kira-kira jam 4 pagi semalam selepas masuk ke dalam bilik tidur untuk mengejutkan bangun sahur dan mendapati mangsa sudah tidak lagi bernyawa. Dia kemudian menghubungi ambulans dan pemeriksaan mendapati anaknya (Muhamad Hafiz) sudah meninggal dunia, sebelum laporan dibuat di Balai Polis Alor Gajah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid, berkata suspek kini sedang diburu polis selepas bertindak melarikan diri dari rumah yang disewa sejak dua bulan lalu itu.

“Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan dalaman akibat dipukul dengan objek keras, sebelum disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik. Mangsa dipercayai meninggal dunia antara jam 9 malam tadi hingga 4 pagi tadi dan mayatnya dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh,” katanya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.